Kalau sudah ada dinding konkrit kukuh,
kenapa masih mahu bersandar pada dinding kayu rapuh?
Aku sudah lalui banyak perkara bila disentuh tentang persahabatan.
Banyak kali sakit, sampai sekarang dah lali, tak rasa apa.
Rasa macam semua okay je bila orang tinggalkan aku.
Rasa macam aku peduli apa mereka nak tinggalkan aku.
Rasa macam dah lali.
Sehingga kadang aku rasa kawan ni semua menganggu ketenangan hidup aku.
Orang kata aku sombong, aku kata ' Ada aku kesah?'
Aku suka cakap benda menyakitkan hati supaya orang yang merimaskan pergi sedang mereka hanya nak berkawan.
Aku dah penat.
Dan aku sedar, bila aku dah menolak untuk berkawan, dan tak yakin dengan kawan, bila aku ada masalah aku nak share dengan siapa?
Okay, dengan sahabat.
Bila aku ada masalah dengan sahabat?
Baru nak cari Allah.
Baru nak merangkak memohon.
Frankly speaking, baru nak duduk atas sejadah. Habuk dah sejadah tu.
Adoi.
Tapi, Allah dengar.
Dan sebenarnya semua kesakitan tu, semua luahan tu, dah lama Allah balas, dalam Quran, dalam Sunnah.
Tapi, tu la. Jahil.
Jahala - bodoh.
Dan bila kita dah mula duduk atas sejadah, tapi masih rasa sakit, kita tanya:
Kenapa Allah tak dengar?
Kenapa Allah tak bantu?
Kenapa Allah tak tanam tenang dalam jiwa kini?
Kenapa Allah tak nyamankan rasa aku?
Kenapa aku?
Kenapa Allah uji aku?
Kita lupa fikir:
Banyaknya dosa aku.
Peh.
Patut dari awal kita share pada Allah.
Bukan tunggu masalah besar je.
Masalah kecil pun.
Takda masalah, ajaib.
Okay, kalau betul takda, share la kegembiraan kita dengan bersyukur. Tak mati tau sebut Alhamdulillah. Sungguh, tak tipu. Tak kering air liur tu. Jangan risau.
Jangan tunggu dah sesak baru merangkak.
Walau Allah bagi pun, kita susah nak rasa.
Pasal selama ni tak pernah pun buat.
Tak pernah cuba.
Tak pernah mohon.
Doa tu bukan semua sekelip mata je Allah kurnia.
Ambil masa. Ada sesaat, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, 10 tahun, bertahun-tahun. Ai penat nak senaraikan.
Kalau kita ada Allah yang tak akan mati, ahh bukan tak tahu, kenapa kita kena tetap berharap, share semua dengan manusia?
Bukan semua kawan kita tu kekal. Bukan semua sahabat tu setia.
Bukan.
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ah tapi sekarang rambut pun dah lain. Apatah lagi hati. Lagi haybat.
Tipu ler kalau kata 'Aku tak tahu Allah tu tak mati punnnn...' .
Minta penampor ke hape.
Bukannya tak belajar.
Takyah tinggi-tinggi pergi sekolah agama pun, mesti tahu punya.
Takkan tak sekolah kebangsaan kut.
Pelajaran agama diajar dari darjah satu okay.
Bukan tak belajar, tapi tak ambil pengajaran.
Bolayan je.
Jadi, mulai sekarang, istiqamah la.
Sama-sama.
Bila ada masalah, share pada Allah.
Kadang tak payah tunggu atas sejadah pun.
Dalam hati je dah boleh. Doa Allah tenangkan rasa, permudah segala.
Doa tu wireless. Connection tak pernah putus. Coverage meluas. Tak penah lembap merangkak cam line tenet. Lagi-lagi doa yang bersungguh-sungguh.
Cuba.
Tak paksa.
Sebab aku pun sedang cuba.
Cuba tu tak mati tau, jangan risau.
Jadikan Allah tu tempat bergantung, tempat bersandar. Sebab Allah tak mati, tak pernah jatuh, tak pernah hilang kuasanya. Sebab Allah tu Arrahman, Arrahim.
Kalau dah tak tahan sangat, boleh la luah pada manusia. Tapi bukan semua. Yang tak penting, simpan. Rahsia, bukan semua orang boleh pegang.
Tapi kalau pada manusia pun, lepas Allah.
Allah tetap number one gitu.
InsyAllah, Allah bantu.
InsyAllah, Allah permudah.
Lagi satu, jangan putus asa.
Rasa Allah tak sayang kita pulak bila kita tak tenang.
Orang yang lemah iman saja yang rasa begitu.
Sebenarnya, bukan tak sayang.
Tapi uji.
Allah rindu.
Rindu hamba yang dia cipta ni, kemana menghilang lama tak dengar khabar.
Rindu.
Walau Allah nampak semua, tahu je khabar kau senanya.
Tapi mungkin Allah nak kita sendiri yang mengadu.
Rindu suara yang merdu.
Rindu suara hati yang lunak tu.
Orang muda lagi-lagi. Loud gitu.
Chaiyok!
0 comments:
Post a Comment
surat terbang