Wednesday, October 16, 2013

Usrah.

Bila kita keluar dari gelap,

Kita rasa sakit,

--pasti sakit,

Pedih perit,

Hati menjerit,

Tapi sakit tu,

Sekejap.

Sekejap sangat.

Kalau nak banding dengan indahnya cerah,

Sungguh,

--Indah mudah segala.

Kau dapat semua,

Ketenangan,

Kemudahan,

Tak perlu meraba mencari,

Gembira melonjak pasti lah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, aku sakit mata lepas kena cahaya matahari sebab duduk lama sangat dalam bangunan sekolah. Kemudian, ianya jadi ibrah. Buat diri. Untuk dikongsi. Sungguh. Keadaannya sama seperti kita. Bila kita keluar dari kepompong mahupun rantai kejahilliyahan (Ehem ehem) , pasti kita rasa sakit. Sakit untuk tinggal semua. Lagi-lagi rutin. Aku tahu. Aku pernah rasa. Contohnya, buka MukaBuku hari-hari tetibe kena melatih diri buka sebulan sekali. Itu payah. Tapi payah tu sekejap. Lama-lama semua jadi indah. Contohnya, sekarang bukan setakat buka sebulan sekali dah mampu, tapi siap deactivate dan tak buka-buka lagi dah pun! Haa! Dan rasa macam tenang je sebab boleh balik sekolah terus makan tanpa perlu kelam kabut berlapar untuk hadap MukaBuku. Okay dalam kes ni tak tahulah aku ke MukaBuku ni yang kejam. Tapi, sungguh. Sakit perit tu sekejap sangat. Lama-lama okay lah. Kalau manjakan diri, camne nak didik iman? Kalau asyik ikut nafsu, sampai bila nak jadikan diri ni lawan?



Hasil usrah antara I , me , myself.
Bestfriend foreverrrrr.

:)


0 comments:

Post a Comment

surat terbang