Friday, September 19, 2014

Hoi, Muslimah Nak Kemana?

'Love Story Is A Never-Ending Story'

'siapalah aku untuk menolak cinta yang hadir dalam jiwa. siapalah aku untuk menolak fitrah sebagai manusia yang memerlukan cinta'

sembang.
Kita main mathematical reasoning jap:

premis 1: cinta itu fitrah
premis 2: fitrah boleh jadi fitnah
conclusion: cinta boleh jadi fitnah.

Harapan lulus final. k.

Kembali pada isu kita.

Cinta boleh jadi madu dan racun.
tapi kalau tengok remaja sekarang, memang banyak racunnya.

tolak tepi la cerita pasal couple pegang tangan tangkap khalwat blah blah blah.
kita cerita pasal kita.
kita yang sedar ni.

disebabkan kita 'sedar' lah, kita kata 'siapalah kita nak menolak fitrah cinta yang hadir...'.
Lahaii.
rupanya kita belum sedar.

well,
TELL ME ONE SOLID REASON WHY ARE YOU STILL IN THIS VIRTUAL WORLD INSTEAD OF FACING THE REAL WORLD.

aku tolong bagi satu,
KITA MASIH ADA SCROLL SCROLL DALAM VIRTUAL WORLD NI, BECAUSE MEDIA SOSIAL.

so what, kolin?

hey. media sosial. hey. social media. nama pun dah 'sosial'. medium atau pengantaraan bagi bersosial lah. tak ke?

haih. aku cakap direct la, most of us masih bermain media sosial sebab nak bersosial sosial.

Aku respect la manusia yang bebetul masuk media sosial ni berdakwah. Dalam erti kata betul-betul dakwah.

Tapi aku kurang sikit la respect kat keyboard warrior, macam aku.
ha. 
aku kurang respect diri sendiri, that, I can tell.

logik kat tang mana bila kau nak jadi solehah tapi kau asyik tulis 'untungnya jadi wanita solehah' dan pong pang ciri wanita solehah, tapi kau sendiri tengah scroll temlen?

logik tak kalau kau tulis 'salam zuhur, meh bentang sejadah :)' atau 'azan kesayangan Allah sekalian' when sepatutnya masa azan kau tengah ready menghormati azan atas sejadah siap berwuduk phone campak masuk kotak. Tak ke?

Sungguh, aku tidak dapat mengotakkannya! (baca: Really, I can't brain this!)

Tak payah tunjuk orang lain la.
Tunjuk kat muka sendiri cukup.

Kekadang aku rasa, kita masih kekal kat lama sosial ni sebab kita nak attention someone.
tak logik? okay.

kalau tak logik, kenapa nak upload gambar kat instagram ke insta apa pun?
alasan baik sikit: saya nak orang pandang saya dan menjadikan saya contoh wanita solehah yang menutup aurat.

yeah yeah. yaa right.
SAYA NAK ORANG JADIKAN SAYA CONTOH. doesn't that logic enough untuk cakap kita ni memang nak attention sebenarnya?

Ni untuk orang yang macam ni. Kalau kita tak macam ni, relax la.

Atau sebenarnya, kita masih ada kat media social sebab nak perhatian crush?
Auch. Senapang terbalik pada tuan.

Sungguh la.
benda tak penting pun nak tulis.
Sebab nak kasi crush tau kita tengah online.
hik hik.

benda tak penting pun nak upload.
sebab nak kasi crush tau kita kat mana tengah buat apa.
hehehe.

cukup la setakat masukkan gambar jari buat peace je dalam gambar.
Islamik la tu tak tunjuk muka.
tak baik buruk sangka tau.

asalkan crush nampak. crush sedar.

Berapa ramai antara kita yang solat nak laju je sebab pasni nak buka twitter check agak-agak crush tulis apa atau insta nak check agak-agak crush post apa?
Berapa ramai antara kita yang tak tenang baca Quran sebab nak buka handphone tengok fesbuk akh yang hensem bersongkok berbaju melayu berjubah berjanggut bermisai bagai?

sudahlah. kalau dah jodoh tak ke mana.
Jangan sampai yang  fitrah jadi fitnah.

Kadang-kadang aku rasa kita sebenarnya buang masa je kat laman sosial.
nak berdakwah.
 bermention dengan orang yang islamik geng geng dia jugak.
tak salah.
tapi kita berdakwah untuk siapa sebenarnya?

Yang zombi kat alam nyata ni kita nak campak mana?

kalau kita bukan jenis orang macam ni, takyah melenting.
kalau kita orang macam ni, tajdid balik niat. semua pasal Dia ke, pasal dia?


Sebab bagi aku, just my one cent, sebab two cent pun tak sampai la pendapat aku ni. k. hambar.

Bagi aku, aku lagi respect muslimah yang takde laman social.
Lagi sado katako!

Takde masalah main laman social.
Tapi, nak pesan.


Orang Hebat Jarang Online


Kena diri sendiri balik. 
ha.
Aku gunakan 'kita' sebab aku juga pendosa.
Dan penulisan ini hanya untuk pendosa.
Yang tak pernah buat dosa, tokleh baca.

Saturday, March 15, 2014

Kau siapa?



MH370.
Punya besar effect dia pada satu dunia.
SATU DUNIA.
Bergabung seantero dunia punya tentera just to help us cari MH370.

Bila je kita dapat tengok SATU DUNIA tanpa kira bangsa dan agama bersatu, tak berperang, tak bergaduh, aman, bekerjasama gini? Bila?

Benda ni patut dijadikan ibrah dan cabaran pada semua, bukan hanya pada keluarga mangsa, bukan hanya pada pihak kerajaan yang tengah kerja keras mencari.

Untuk mereka yang berfikir, mereka faham. Untuk mereka yangt berfikir, mereka mampu sedar.

Ini jadi bukan saja untuk buat hashtag #PrayForMH370 semata. Bukan.

Sehari sebelum MH370 hilang, rakyat Malaysia berantakan. Sebab politik yang menyesakkan. Yang banyak penipuan. Yang panjang permainan. Letih. Siapa betul siapa salah, entahlah nak.
Bila MH370 hilang, hilang dah berita politik. Hilang perpecahan. Semua orang bersatu. Semua orang bergabung. Segala usaha dilakukan bersama. Tanpa lelah. Mengharap yang hilang akan kembali. Ini hikmahnya.

Betul kan, segala yang terjadi ada hikmahnya.

Then, kuasa Allah.
Betapa banyak pesawat radar segala dihantar, masih belum jumpa airplane ni.
Bila sains dan teknologi dah sampai dipenghujung.
Hanya pada Allah berharap.
Hanya Allah yang mampu.

Kes bomoh ni lagi satu hal.
 Malaysian pergi memana kena hina "Where's your coconut?".
Muslim pergi memana kena hina "Islam is funny. You guys search for the plane using coconut and stuffs. Islam is weird."

Ingat aku suka? Tak.
Ingat kalau pergi obesi je ke kena. Kat Malaysia pun kena la weh.


Memang sakit hati la enn. Tapi bila fikir on the positive side, orang beriman sentiasa diuji, no? You get what I meant?

Yes. Fikir benda ni pasal ujian untuk kita hadapi. Bukan hinaan yang melemahkan. Tapi dugaan yang memantapkan iman.

Masa ni la chance untuk tembak dakwah dan tarbiah. Time ni untuk betulkan balik perspektif Islam dalam masyarakat luar.

Kenal Islam, cinta Islam. Bukan Muslim.

Camne? Take it or leave it.

Apa orang nak kata, itu hak dia. Yang penting, kita. Kita yang kena jalankan tugas kita. Kalau bukan Islam yang naikkan Islam, siapa lagi? Sedang kat luar sana ada lagi orang Islam sendiri yang jatuhkan Islam. Kita yang ada ni, yang sedar, takkan hanya pandang dan kata "Hmm sedih. Apa nak jadi..."

Mana semangat kita? Mana Dai'e kita? Mana pistol dakwah dan tarbiah kita? Mana tembakan doa kita?

Jangan lihat Islam mundur sebab kita. Jangan.


Salam sayang.