Wednesday, July 3, 2013

La Tahzan.

AS THE TIME FLIES,PEOPLE COME PEOPLE GO.

Take a deep breath.Allah.
semoga setiap nafasku yang ku hembus,mendapat keredhaanMu , Yang Maha Penyayang.

otak aku blank.hati aku,tak taulah apa rasanya. aku rasa ada perasaan yang menekan,tapi aku tahu itu apa.
aku penat.
dengan perangai manusia.

okay,kita mula. Ayah kepada seorang sahabat aku baru meninggal , siang tadi. Ya Allah, betapa dekatnya kematian dengan kita. Berita kematian tanpa henti , umat Islam dibunuh di luar sana.Tadi kawan yang lagi sorang call

'Alin,tahu tak apa jadi?'

ouh,bila aku tak datang,ada je benda best jadi kat sekolah.confirm.

'tak.'

rendah aku jawab.sedih tak dapat join 'kegembiraan' dorang

'Ayah [Sahabat] meninggal.'

'Apa?Ya Allah bila?Innalillah'

tarik earphone dari telinga.Terkejut ya amat.

'tadi masa rehat.'

'ouh,mana kau tahu?tadi kakak dia datang ambik dia dari sekolah.'

'tak.dia memang tak datang.kira okay la sebab dia ada masa tu'

'Ya Allah.okay.Thanks.'

aku sedih betul,terkejut pun ya bila dengar berita menyedihkan.Semalam baru je aku bersembang dengan sahabat ni dan dia nampak bahagia sangat.

'Kunci rumah baru dah dapat.Abah kata raya nanti pindah.Tak Sabarnyaaa'

Ya Allah, cerianya wajah dia ketika itu.Gembira aku  tengok.
Abah dia dah lama sakit,tapi baru2 ni dah sembuh.Totally recover.So,memang tak expect benda ni jadi.

Lepas dapat berita tu,aku try call dia,tapi tak dapat..Try call sahabat lain....

'Hello.'

suaranya kedengaran rendah.

'Abah [Sahabat] meninggal?'

suara aku tinggi.sungguh,aku terkejut.

'Ya.nanti call balik.aku tengah ziarah ni.jenazah baru sampai'

Okay.text [Sahabat].

[Sahabat],takziah. Apa pun jadi,sentiasa kuat. Kitorang ada dengan kau, Allah ada dengan kita. Allah uji kau sebab Allah tahu kau kuat, Allah ingat dan sayangkan kau. Jangan fikir buruk pasal Allah. Dia dah beri ayah terbaik untuk kau. Jangan lupa ibadah, itu pembantu ayah kau di sana. Ringankan bebannya. Jangan terlampau menangis. Doa semoga jumpa di Syurga. La Tahzan. Sory tak dapat ziarah. Kuat sayang. Ana Uhibbuka Fillah.

Ya Allah.kemudian aku call Ibu,maklumkan.Masa tu baru aku rasa sebak,tak mampu nak jawab.
Kemudian,berderet la kawan-kawan yang datang mula tanya sama ada aku tahu tentang berita ni.
aku rasa terharu,sebab budak lelaki yang ada kranium tebal dalam kepala tu pun,kisah dan sama-sama sedih.Tapi, aku kena kuat.aku tak boleh lemah.Mana boleh jadi lemah depan orang yang lemah.Kita kenalah kuat untuk kuatkan orang,kan?

Aku pernah dengar suatu benda sedih,yang buat hati aku sentap.

'Ayah saya dah meninggal 16 tahun'

woo bapak lama.eh kejap,bukan umur dia 16 ke?ouh maiii.

'saya tak pernah jumpa ayah saya.'

dan start dari masa tu,aku rasa lain.
Aku memang kaki sentap.selalu merungut bila kena buat kerja. 'Ah!' 'Ish' 'bapak annoying'  tu ayat biasa.
Tapi start dari that moment,aku dah tak nak.
aku buat je walaupun aku penat,aku tak rela.
aku nak jaga hati ayah ibu.sebab aku tak tahu sama ada aku sempat berbakti dalam kehidupan mereka.Ya aku tak sempurna,mungkin ada dua tiga kali aku ter-mengeluh .
aku nak jadi anak yang berbakti.
aku sedih betul bila adik-adik aku buat hal.muka ibu dengan ayah sedih sangat.muka penat pun ya.
aku taknak sama-sama lukakan mereka.

nama mereka sentiasa dalam solat,doa aku.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Qs. Al-Israa: 23)



Imam Shadiq as bersabda, “Kalau sekiranya dalam berhubungan dengan kedua orangtua ada bentuk pelecehan yang lebih rendah dari melontarkan kata ‘ah’, niscaya Allah telah melarangnya.” (Ushul Kafi, Jilid 2, hal. 349).


“Dan Kami berwasiat kepada manusia untuk (berbuat) kebaikan kepada dua orang tuanya.” (Qs. Al-Ankabut: 8)

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, karena hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Qs. Luqman: 14).

“Wahai Tuhan-ku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil.” (Qs. Al-Israa: 24).

Ya Allah, kau sayangilah ibu bapaku sepertimana mereka menyayangiku. Ampunilah segala dosa orang tuaku , Al Ghaffur.

Sama-sama jadi baik okay?sama-sama jalan ke Jannah.
sayang.senyum :D

0 comments:

Post a Comment

surat terbang