Tuesday, November 5, 2013

Sahabat penyebab diabetese.

"Kelakarkan bila kita rasa macam ni, orang tu rasa macam tu. Contohnya, aku rasa dia kawan aku, tapi dia kata dia takda kawan."



Tersandar.
Baru tersedar kuatnya ukkhuwah.
Aku ada kawan. Ramai.
Aku ada sahabat. Beberapa.

Ukhuwwah tu memang kuat. Lagi-lagi Ukhuwwah fillah.
Ukhuwwah fillah.
Ukhuwwah fillah.
Persahabatan demi Allah.
Atas nama Allah.
Persahabatan yang mahu bawa kita lari jauh dari dosa.
Walau dalam diam.
Persahabatan yang mahu bawa kita berlari dekat berpimpinan tangan untuk capai matlamat terunggul; Jannah.

Ingat.
Bukan kata kawan kita tak tegur kita, dia tak sayang kita.
Dia tak mahu bawa kita ke Jannah.
Mungkin ada kala, dia takut kau terguris hati. Mungkin dalam ayatnya ada berunsur nasihat sikit, tapi kita tak perasan.
Lalu mungkin, kita doa supaya dia doakan kita.
InsyAllah, dia doakan kita.
Doakan kita jauh dari dosa.
Menegur tu banyak cara kan?

Hargai persahabatan. 
Kalau tak hargai, jangan sedih bila dia pergi.
Sebab kau tahu, takda yang kekal selamanya dengan kita selain Allah.
Kawan masuk, kawan pergi.
Pintu persahabatan tu sentiasa terbuka tutup.
Hargai yang hadir, lepaskan yang pergi.

Kuatnya persahabatan.
Berharganya persahabatan.

Aku ingin berkongsi sebuah kisah.
Hasil perkongsian seseorang, aku tak ingat, tapi moga dia mendapat ganjaran.
Cerita yang menyedarkan pentingnya bersahabat.
Pentingnya menjaga persabahatan.
Pentingnya menghargai persahabatan.
Bismillah.

'Ada dua sahabat ni. Semasa waktu penimbangan mereka untuk di bawa ke Syurga atau Neraka. Semasa dalam proses Al-Mizan. A punya timbangan pahala ada 99, tinggal lagi 1 je untuk masuk Syurga. Manakala B punya dosa ada 99, ada 1 je pahala. Lalu, kuatnya ukhuwwah mereka, si B ni pun berkata, "Ya Rabb. Kau ambillah pahala ku yang satu ini untuk diberikan kepada si A. Aku juga sudah tiada harapan masuk ke Syurga." . Lalu, Allah pun memberikan pahala B kepada A. Lalu berjalan seoranglah A ke dalam Syurga dengan kesedihan kerana tak dapat menyelamatkan A. Samapi di pintu Syurga, tangan A terasa dicapai. Terkejut melihat B di sebelah, lalu A bertanya, "B, bagaimana kau sampai di sini?" . B tersenyum lalu menjawab "Kerana kuatnya persahabatan kita, aku telah mendapat ganjaran kebaikan lalu dapat menyertai kamu ke sini." '

LOL.
Cerita ni memang bunyi dogeng betul.
Tapi, ini penaik aku.
Membuat aku rasa persahabatan itu mahal lalu tak patut dicemar.

Mahalnya nilai persahabatan jika di bawa ke jalan Allah.

Bukan bermakna ukhuwwah fillah ni tak boleh bergurau, perlu serious semedang. Bukan.
Boleh ja. Cumanya elak dari dosa. Sama-sama amal kebaikan
Gurau senda pun jangan sampai terasa hati si kawan.
Okay cun je.

P/S: Buat kawan, buat sahabat. Kau tahu, mungkin aku tak pernah kata aku sayang kau. Mungkin aku tak pernah kata kau sahabat aku. Mungkin aku tak pernah kata hubungan kita ini paling indah. Tapi kau tahu, aku sayang kau. Kau tahu, aku fikir tentang kita. Kau tahu, aku mahu doa hari-hari moga kita tak terpisah. Kau tahu, aku mahu doa hari-hari moga persahabatan kita tak terjejas dek kotor najis Syaitan. Moga persahabatan indah ini tidak tercela, tidak ternoda. Moga setiap tingkah kita dalam redha Allah. Silap sama-sama tegur, sama-sama perindah. Kau tahu, aku mahu kita sentiasa berada dalam rantai 'Ukhuwwah fillah' ini. Genggam tangan aku sampai kita capai Jannah. Jangan lepas rantai persahabatan ini sampai Syurga nan indah. 

0 comments:

Post a Comment

surat terbang