Dunia ni memang penuh dengan diskriminasi.
Lagi-lagi zaman sekarang.
Diskriminasi. Pilih kasih.
Cam seronok je bendalah ni.
Diskriminasi ni selalunya dijalankan oleh orang yang merasakan diri dorang ni mempunyai kuasa VETO kat atas bumi Allah ni.
Kuasa besar.
Tah pape je bagi aku.
Rasa macam dunia ni dia punya.
Banyak harta, besar kuasa.
Mampu beli orang, mampu tindas saudara.
Mampu tembak bunuh bom tikam sesuka hati.
Ini tak adil.
[Youtube: Agenda Jahilliyah- Bunkface]
Ah, cakap pada aku, ada ke orang yang tak melawan?
Takda.
Semua orang melawan.
Melawan dalam hati. Melawan dalam doa.
Melawan dengan kata-kata.
Mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri, Tun Dr. Mahathir pernah membantah adanya kewujudan kuasa-kuasa VETO atas muka bumi dalam PBB suatu ketika dulu.
Bantah kuasa VETO 5 negara berkuasa itu.
Bantah kuasa VETO orang kaya terhadap orang kurang kemampuan.
Bantah kuasa VETO negara maju terhadap negara yang baru melangkah negara dunia ketiga.
Bantah kuasa-kuasa yang rasa mereka punya kuasa VETO ini.
Bantah diskriminasi dalam beragama.
Bantah. Bukan tidak.
Tapi, ini dunia.
Selagi aku punya kuasa, dunia aku punya.
Selagi aku punya wang, dunia aku punya.
Selagi aku mampu cipta teknologi, dunia aku punya.
Kau siapa mahu bantah aku?
Tak perlulah cakap besar-besar.
Kecilkan skop kita.
Lihat saja dalam negara.
Lihat saja persekitaran kita.
Lihat saja, lalu kau mampu meneka.
Diskriminasi itu kian meluas menular di tempat tak sepatutnya, bukan?
Sebagai contoh, sekolah.
Walau bukan semua, tetap ada diskriminasi.
Yang berada tak mahu bergaul dengan yang biasa-biasa.
Yang bijak tak mahu bergaul dengan yang belum pandai.
Yang kemas tak mahu bergaul dengan yang selekeh.
Weh, lalu camne mereka yang biasa-biasa, yang belum pandai, yang selekeh itu mahu berubah jadi macam yang berada, yang bijak, yang kemas tu?
Maka, selamanyalah mereka itu hidup dalam diskriminasi.
Tanpa perubahan.
Sentiasa dalam rantai kongkongan hidup itu.
Yang melakukan diskriminasi ini, bagi aku, BELUM PANDAI.
Belum. Bukan tak.
Bukan bodoh, cuma belum pandai.
Tak pandai dengan belum pandai itu beda.
Kenapa ya perlu adanya diskriminasi dalam hidup?
Ah, sikap manusia.
Tak mahu ada yang sama taraf dengannya.
Gamaknya mahu bawa diri sorang-sorang menuju kejayaan biar yang lain merangkak menangis biarkan biar biar.
--Biar sampai mati.
Sama dengan yang punya ilmu.
Ilmu agama aku kasi contoh paling mudah.
Diskriminasi kadang berlaku bila kita sibuk menghalang orang kafir guna nama Allah tapi orang yang dah asal Muslim masih sesat lagi.
Ah. Yang kafir atau yang memang Muslim yang lebih penting?
'Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). '
(Abasa, 80 : 5-11)
Ah. Rugikan?
Lihat berapa ramai orang Muslim yang masih terkinja-kinja di luar sana mengejar 'nikmatnya' dunia?
Katanya.
Lihat berapa ramai lagi umat Islam sendiri yang masih merangkak membaca al-Quran?
Lihat saja.
Takyah buat pape.
Gituu?
Sibuk layan benda lain sedangkan umat Islam kita sendiri tertinggal jauh di belakang.
Apa?
Kau mahu masuk Syurga sorang-sorang ha?
Selfish gila ah.
Kau ingat kalau kau selfish kau boleh masuk Syurga?
Hentikan diskriminasi.
Dalam beragama lagi-lagi.
Dalam menuntut ilmu lagi-lagi.
Lagi-lagi.
Renung-renungkan dan selamat termenung :)
0 comments:
Post a Comment
surat terbang