Monday, January 13, 2014

Malaikat Maut, stop kejar aii!

Ni cerita baling belakang (baca: throwback). Last week.

Petang, dalam 6 lebih, tengah nak balik. Kawasan gelap, aku mendahului yang lain. Mendung. Lampu pun takda. Tengah nak melangkah, dengan menundukkan pandangan, langkah terhenti. Jantung yang berdegup, terasa terputus dari tangkai dan lari laju dari jasad. Ah sudah. Dari pandangan yang tertunduk, aku nampak susuk tubuh hitam jarak berapa langkah dari aku. Langkah yang dah diatur, aku tarik semula kaki lemah itu ke belakang. Dua langkah. Tak mungkin. Aku belum solat taubat lagi ni. No wayy! Aku tak sangka kematian aku bakal jadi seburuk ini.

"Eh dik, jalan la. Takpe, makcik boleh jalan ni."

What? Makcik? Salah dengar ke ni? Angkat kepala. Alhamdulillah. Mak Cik rupanya! Tahu apa yang aku jangka pada mula? Ya! Malaikat Maut!! Aku berdehem sikit, lalu teruskan langkah. Jantung tadi lari balik masuk. Derhaka punya jantung.

Apa yang aku fikir? Alhamdulillah, itu bukan Malaikat Maut. Ya Allah, aku berjaya lari dari Malaikat Maut.

Weh, baca balik. Lari dari Malaikat Maut?! Ini lagi gila ni!

  Kullu nafsin zaaikatul maut. Every soul shall taste death. (3:185)

Memang tak la! Siapa ni yang mampu lari dari mati? Siapa je yang mampu lari dari Malaikat Maut?

Ya. Ini klise yang ingin banget aku ulangin.

Setiap yang hidup akan merasai mati.

Malaikat maut tak pernah awal sesaat mahupun lewat sesaat untuk 'menjemput' seseorang hamba 'pulang'.

Mati tak kira tua atau muda.

Mati tak kira dah kahwin ke belum.

Mati tak kira orang yang hidup sudi melepaskan atau tidak.

Mati tak tunggu kita ready.

Mati tak tunggu kita dah 'hijrah' ke belum, dah sampai 'seru'(lah konon) ke belum.
Seru apa yang ditunggu ni? Manusia dah diseru seruaan yang ditunggu tu bertahun dahulu. Ya. Seru melalui Al-quran. Melalui Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Seru apa yang anda tunggu lagi weh?

Mati tak kira dah berjaya dalam hidup ke belum.

Mati tak kira dah cukup bekalan bagi melangkah ke Firdausi dah cukup ke belum.

Mati tak tunggu kita dah taubat ke belum.

Nanges.
Menangislah hingga keluar kencing melalui mata pun, kalau takde usaha nak berubah, tak kemana.
Berubah tak payah seru.
Berubah tak kena tunggu Makcik Hidayah atau Encik Taufiq datang mengetuk "Assalamualaikum pemilik hati, boleh saya sinarkan sedikit cahaya dalam hati gelap awak ini?".
Tapi, Hidayah dan Taufiq itu kena cari.
Hang expect dia datang sendiri ke menari ballet?
Kalau manusia itu sendiri tak carik, mana nak jumpa?

Contoh la, ada pernah kau tunggu je bersimpuh sampai mana-mana anak teruna datang meminang, padahal kau sendiri takde keluar rumah pun. Duduk berkurung. Takde kenalan pun. Takde life senang cakap. Ada ke orang tetibe minang? Kalau ada pun, dengan izin Allah.

Takde. Manusia sekarang expect semua benda nak kena suap je. Mencari malas. Bak kata seorang penulis, "Manusia sekarang lebih gemar mengulangkaji dari mengkaji". Sama lah cam seru ni. Manusia lebih gemar tunggu seru dari mencari di manakah ternyoroknya Cik Seru Suriramram ni. Peh. Aku salah satu ke? Tepuk dada tanya iman.

Nota kaki tangan kepala lutut: Selamat menanti kematian yang pasti akan datang ye, bakal jenazah. Tingkatkan amal, teguhkan iman! Andai aku lalai dan leka, alpa dengan dunia, seret aku masuk Firdausi ya!

Salam sayang, Kolin yang boleh tahan comel. Ehh.

Toodles!


Saturday, December 7, 2013

Kau Bintang Syurga, Bintang kami.



Allahu. Tenang. Sungguh.

Moga tenang. Moga damai di alam sana. Moga dirahmati, moga dikasihi.
Terima kasih pada yang membuka hati, membawa diri ke arah perasaan tertarik dan teringin mendengar alunan indah kegemaranmu ini. Tak pernah kenal, tapi pemergianmu bagai menarik diri bersama sayu. Sekarang, lagu ini kedengaran tenang dan mendatangkan senyum. Moga perasaan gembira ini mendatangkan ganjaran buatmu di alam sana. Walau jasadmu kaku mati di sana, semangatmu dan dakwahmu terus membangkit disini. Moga tenang di sana. Moga menggapai Jannatul Firdausi idamanmu. AlFatihah buatmu.

Credit: Iskandar --




Mohon disedekah AlFatihah. Aku tak kenal dengan Arwah. Cuma, satu hari sebelum pemergiannya aku tergerak hati mahu stalk account Arwah ni. Terkejut bila dapat tahu pemergiannya. Moga yang mengenalinya sentiasa kuat. Takziah buat yang terdekat dengan Arwah.


Moga terus menjadi bintang kami, idola kami.
Moga menggapai Jannah abadi.
Moga menjadi bintang Syurga.
Moga sentiasa bersinar di sana.